Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain. Foto fail: Bernama.

12 pegawai, anggota polis ditahan di pusat hiburan positif dadah, digantung tugas

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Seramai 12 pegawai dan anggota polis yang didapati positif dadah selepas ditahan di sebuah pusat hiburan di Sungai Petani, Kedah semalam dan digantung tugas serta-merta.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh untuk melaksanakan tindakan itu segera.

Kata beliau tindakan diambil mengikut Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Penyelia juga akan dipindahkan dari jawatan semasa kerana mereka tidak layak untuk menguruskan anak buah mereka,” katanya dipetik media tempatan, hari ini.

Razaruddin menegaskan pihaknya tidak akan melindungi mana-mana anggota yang mencemarkan nama pasukan polis.

Beliau menambah pihaknya juga akan mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya berdasarkan undang-undang terhadap anggota yang melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata dalam serbuan itu, 12 daripada 31 individu yang ditahan kerana positif dadah adalah pegawai dan anggota polis.

“ Siasatan lanjut dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

“Sampel kedua ujian air kencing akan diambil dan dihantar ke pihak patalogi hospital bagi proses tahanan kerja,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan