Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buku “Modul Aspirasi Utama” dilancarkan hari ini bersempena Minggu Destini Siswa (MDS) dan Ulang Tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ke-25. Foto Sosial media

UiTM lancar buku Modul Aspirasi Utama perkukuh pembangunan karakter pelajar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Buku “Modul Aspirasi Utama” dilancarkan hari ini bersempena Minggu Destini Siswa (MDS) dan Ulang Tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ke-25.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Mohd Sazili Shahibi berkata buku tersebut memfokus ke arah memperkukuhkan pembangunan karakter siswa-siswi UiTM khususnya dari aspek pemantapan DNA UiTM dalam diri pelajar.

Buku “Modul Aspirasi Utama” dilancarkan hari ini bersempena Minggu Destini Siswa (MDS) dan Ulang Tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ke-25. Foto Sosial media

“Selain itu ia memfokuskan nilai kepimpinan mahasiswa, penjagaan kesihatan mental dan cabaran mendepani isu-isu semasa dan keselamatan negara.

“Ia juga bertujuan bukan sekadar untuk memperkukuhkan pencapaian akademik mahasiswa dan mahasiswi UiTM malah melengkapkan mereka dengan kemahiran insaniah yang kritikal, diperlukan bagi mendepani cabaran masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelancaran buku tersebut dirasmikan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan