Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini. Foto: TVS

Tun Dr Wan Junaidi bakal sempurnakan Majlis Ulang Tahun ke-85 penubuhan PKMS

ByFebbright James

KUCHING, 2 Okt: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka menyempurnakan Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-85 penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) pada 26 Oktober ini di Hikmah Exchange and Event Centre di sini.

Perkara itu dinyatakan Yang DiPertua PKMS Dr Wan Ali Tuanku Madhi selepasa mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Dr Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawal di sini, hari ini.

“Pada majlis yang diadakan pada 26 Oktober di Hikmah Exchange and Event Centre itu nanti, Tun Dr Wan Junaidi bersetuju untuk menyempurnakan pelancaran penubuhan bangunan baru PKMS yang sekarang ini dalam proses pembinaan.

“Seterusnya, pada majlis yang sama nanti Tun Dr Wan Junaidi turut berkenan menyempurnakan melancarkan buku Adat Istiadat Perkahwinan di Sarawak. Kami turut berkesempatan memaklumkan kepada Tun Dr Wan Junaidi bahawa PMKS akan mengumpul sejarah melayu Sarawak,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurutnya, sekitar 500 tetamu terdiri daripada wakil-wakil NGO di Sarawak termasuk dari Sambas dan Pontianak dijangka hadir pada majlis berkenaan.

Dr Wan Ali turut memaklumkan pada pertemuan itu Tun Dr Wan Junaidi mencadangkan agar PKMS terus memelihara sejarah masyarakat Melayu di Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Dr Wan Ali mendedahkan Majlis Kesyukuran dan Tahlil ulang tahun PKMS diadakan pada 11 Oktober 2024 di Masjid Al- Hakim.

Sementara katanya bangunan baharu PKMS yang terletak di antara Jalan Patingan dan Muhibbah, dijangka siap Mac 2026.

Untuk rekod, PKMS ditubuhkan pada 10 Oktober 1939.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan