Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Aila Abd Latif (kiri) dan Profesor Adjung Institut Pengajian Borneo Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Datuk Prof Dr Jayum Jawan (kanan)

STATOB perkukuh hubungan Sarawak dan Brunei, tingkat ekonomi penduduk

ByFebbright James

KUCHING, 2 Okt: Pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) diakui akan memperkukuh hubungan dan jalinan kerjasama antara Sarawak dan negara Brunei Darussalam.

Profesor Adjung Institut Pengajian Borneo Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Datuk Prof Dr Jayum Jawan berpendapat kewujudan STATOB akan lebih memudahkan urusan rakyat di kedua-dua negara khususnya melibatkan aktiviti pelancongan dan perniagaan.

“Pembukaan STATOB ini adalah langkah yang tepat dilakukan oleh Kerajaan Sarawak kerana wilayah ini perlu mewujudkan kerjasama dua hala yang kukuh terutamanya dengan negara jiran.

“Ini menandakan Sarawak menghargai Brunei bukan sahaja sebagai negara jiran tetapi juga sebagai rakan perdagangan,” katanya ketika dihubungi TVS baru-baru ini.

Ujarnya, keputusan kerajaan Sarawak mewujudkan STATOB wajar diberikan pujian kerana ia nya bukan sahaja memacu pertumbuhan dalam industri pelancongan dan perniagaan tetapi turut mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan rakyat di kedua-dua negara dan wilayah tersebut.

“Tahniah kepada kedua-dua kerajaan yang melaksanakan inisiatif seumpama ini supaya memudahka perjalanan dan perhubungan rakyat di Sarawak dan Brunei,” tambahnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Aila Abd Latif berpendapat penduduk khususnya kawasan berdekatan dengan negara Brunei Darussalam Seperti Limbang, Lawas Dan Miri berpeluang meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka setelah STATOB dibuka di negara jiran tersebut

Oleh itu, beliau menyarankan agar penduduk setempat khususnya golongan muda mengambil peluang dengan mempromosikan produk dan keunikan yang ada di tempat mereka bagi lebih ramai pelancong dan pelabur dari negara jiran untuk datang ke Sarawak.

“Di kawasan Limbang, Lawas dan Miri, pembukaan STATOB ini sudah pasti memberi nafas baru kepada kesinambungan perhubungan dana prospek pasaran terutamanya dari segi peningkatan jumlah pelanggan.

“Ini akan memberi kesan berganda kalau kita berupaya memberi peluang kepada pelancong meneroka kelebihan budaya, makanan, produk setempat, gaya hidup dan perkhidmatan. OIeh itu anak muda di kawasan terdekat berpeluang untuk mempromosikan keunikan ini,” katanya kepada TVS.

Ujarnya, sekiranya STATOB diurus dengan baik dan kolaborasi diantara Sarawak dan negara Brunei dapat diperkukuhkan, sudah pasti ianya berjaya menarik lebih ramai pelaburan pada masa akan datang seiring dengan aspirasi Sarawak ke arah yang lebih maju.

Dr Aila turut berpendapat pembukaan STATOB membuktikan Sarawak tidak bekerja secara ‘silo’ dalam membangunkan sektor perniagaan dan pelancongan di wilayah ini, sebaliknya terus memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak.

“Saya berpendapat pembukaan pejabat ini selaras dengan hasrat Kerajaan di samping memenuhi keperluan perkembangan industry pada masa kini. Kita banyak menjalinkan hubungan yang strategik di antara dua negara iaitu Malaysia dan Brunei dengan mengambil kira kepentingan Sarawak.

“Masyarakat setempat turut mendapat impak langsung daripada industry yang dijangka semakin berkembang ini,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan