Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman melawat Dataran Bandar Limbang juga tapak Tamu Khamis dan Jumaat hari ini. Foto TVS

Sedia peruntukan khas biayai pengambilan tanah untuk projek awam – Abdul Rahman

LIMBANG, 2 Okt: Kerajaan Sarawak diharap dapat mempertimbangkan peruntukan khas membiayai pengambilalihan tanah bagi kampung-kampung yang tidak mempunyai tanah untuk membina prasarana awam termasuk kos pembinaan bangunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, setakat ini belum ada peruntukan khas disediakan bagi pengambilalihan tanah melibatkan projek di bawah Transformasi Luar Bandar (RTP).

Menurutnya, peruntukan khas itu amat diperlukan bagi memudahkan kampung-kampung membina kemudahan awam seperti sekolah, klinik dan sebagainya selepas kerajaan dapat membiayai kos berkenaan kelak.

“Kita berharap kerajaan akan menyediakan peruntukan khas untuk pengambilalihan tanah supaya kampung-kampung yang tidak ada tanah (milik kampung) dapat mempunyai kemudahan awam diperlukan.

“Di DUN Bukit Kota sekarang ini keseluruhan kampung sudah mempunyai dewan tetapi mengikut fasa,” katanya kepada media pada lawatan kerja ke Dewan Serbaguna Kampung Pengkalan Rejab hari ini.

Katanya, setakat ini keseluruhan 54 buah kampung di DUN Bukit Kota sudah dilengkapi kemudahan dewan serbaguna yang dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa.

Mengulas lanjut katanya, pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Pengkalan Rajab disiapkan mengikut fasa selepas berdepan masalah pengambilan tanah sebelum ini.

Beliau berharap setiap kampung yang ada untuk menjaga kemudahan dewan dan prasarana yang disediakan kerajaan untuk pelaksanaan program kampung, selain dimanfaatkan untuk aktiviti peningkatkan ekonomi, sosial dan menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan