Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Oracle mengumumkan akan melabur sebanyak AS$6.5 bilion di Malaysia bagi membangunkan teknologi AI dan pengkomputeran awan. Foto: AFP

Oracle labur AS$6.5 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Syarikat teknologi komputer multinasional, Oracle mengumumkan akan melabur sebanyak AS$6.5 bilion di Malaysia bagi membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.

Pelaburan itu juga menjadikan Oracle sebagai pelabur digital utama di Malaysia, diikuti Amazon Web Services iaitu sebanyak AS$6.2 bilion, Microsoft (AS$2.2 bilion) dan Google (AS$2 bilion).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan itu menyerlahkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan digital terulung di Asia Tenggara.

“Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) amat mengalu-alukan pelaburan USD6.5 bilion Oracle yang akan membolehkan entiti Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk memanfaatkan teknologi AI dan awan termaju dalam memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing global mereka.

“Ia juga merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan visi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030,” katanya menerusi kenyataan di X.

Pelaburan tinggi itu juga membuktikan keyakinan Oracle terhadap potensi Malaysia sebagai hab inovasi teknologi di rantau ini.

Jelas Zafrul, kedaulatan udang-undang menjadi faktor utama Malaysia berjaya menarik pelbagai pelaburan digital ke negara ini.

“Sebagai gerbang serantau untuk infrastruktur awan dan aplikasi perisian berpangkalan di Malaysia, kawalan data dan kedaulatan digital penting untuk pelanggan Oracle, terutamanya industri kita yang ingin mengembang atau mengukuhkan sayap ke Asia Tengggara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan