KUALA LUMPUR, 2 Okt: Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan digital asing berjumlah RM70.3 bilion daripada syarikat-syarikat teknologi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, angka itu merupakan hasil kejelasan dasar dan pendekatan kerjasama strategik yang dilaksanakan Kerajaan Madani bagi meraih keyakinan syarikat-syarikat antarabangsa tersebut.
“Keputusan ini mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat-syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau,” katanya di X, hari ini.
Beliau berkata demikian sejurus pengumuman syarikat gergasi teknologi dunia Oracle, berikutan pembukaan pusat awan awam pertamanya di Malaysia dengan pelaburan berjumlah AS$6.5 bilion.
Jelas beliau, keputusan pelaburan itu mencerminkan keyakinan syarikat-syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau.
Beliau turut menyeru syarikat tempatan dan tenaga kerja untuk merebut peluang daripada pelaburan-pelaburan ini.
“Dalam beberapa siri perbincangan bersama pelabur termasuk pengurusan tertinggi syarikat-syarikat tersebut, saya tekankan kepentingan perluasan manfaat jangka panjang kepada Malaysia, termasuk pembangunan pusat kecemerlangan, fakulti AI dan pemerkasaan kumpulan masyarakat,” katanya lagi. -TVS
Saya menyambut baik pengumuman oleh satu lagi syarikat gergasi teknologi dunia Oracle, terkait pembukaan pusat awan awam pertamanya di Malaysia dengan pelaburan berjumlah US$6.5 bilion.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 2, 2024
Keputusan Ini mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat-syarikat dunia terhadap potensi… pic.twitter.com/d7Pa5IwSUh