Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba Tudor Pro Cycling, Arvid De Kleijn berkongsi kegembiraan bersama rakan pasukan selepas beliau memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 peringkat ketiga (Kuala Kubu Bharu-Bentong) sejauh 131.2 kilometer hari ini. Foto Bernama

LTDL 2024: De Kleijn kuasai peringkat keempat

ByBernama

BENTONG, 2 Okt: Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn merangkul kemenangan peringkat keempat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dari Kuala Kubu Bharu ke Bentong sejauh 131.2 kilometer (km), hari ini.

Pelumba Belanda berusia 30 tahun itu berjaya melepasi saingan sengit daripada kelompok utama berbaki 300 meter ke garisan penamat, dengan catatan masa 2 jam 53 minit 37 saat (s) diikuti pelumba JCL Team UKYO, Matteo Malucelli dan pelumba Polti Kometa, Manuel Penalver Aniorte.

Komisar perlumbaan memberikan 10 pelumba terbaik catatan yang sama (2:53.37s), selepas kesemua mereka menamatkan pelumbaan secara kelompok dalam keadaan hujan.

“Ia juga agak sukar hari ini untuk pelumba pecut kerana ada zon pendakian (KOM 1 GAP) tetapi kesemua pelumba (kumpulan pengejar) melakukan kerja yang baik mengejar kumpulan di hadapan dan saya cuma fokus pada pemecutan.

“Ia kemenangan yang baik untuk saya selepas melakukan kesilapan pada dua peringkat sebelum ini. Ia satu pengajaran yang berguna terutama dalam pecutan,” katanya.

Dalam pada itu, perlumbaan peringkat keempat tadi turut menyaksikan pelumba DSM-Firmenich PostNL, Max Poole mengekalkan pemilikan jersi hijau (pendahulu keseluruhan) dengan jumlah masa 12:57.35s, biarpun beliau menamatkan saingan di tempat ke-34.

Sementara jersi putih atau pelumba terbaik Asia masih dipegang Manabu Ishibashi dari JCL Team UKYO manakala rakan sepasukannya Matteo Malucelli mempertahankan jersi jingga (Raja Pecut).

Jersi polka dot (Raja Bukit) bagaimanapun disambar pelumba Burgos-BH, Mario Aparicio Munoz selepas menawan satu zon pendakian di GAP.

Esok, perlumbaan peringkat kelima akan berlangsung dari Kuala Lumpur ke Melaka dengan jarak perlumbaan sejauh 167.3km, menawarkan zon pecutan di Semenyih, Seremban dan Rembau selain zon pendakian di Ampang, Bukit Hantu dan Bukit Mantin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan