Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rokok-rokok yang dirampas menerusi penahanan seorang lelaki warganegara asing di sebuah premis di kawasan Miri. Foto: IPD Miri

Lelaki warga asing ditahan seludup 900 bungkus rokok tanpa cukai

ByVanessa Enjop

MIRI, 2 Okt: Seorang lelaki warga asing disyaki menyeludup 900 bungkus rokok tanpa cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan.

Tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Miri dalam serbuan sekitar jam 3.30 petang pada 30 September lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata rampasan rokok pelbagai jenis tanpa cukai itu dianggarkan bernilai RM4,395.

“Dalam Ops Kontraban, pihak polis telah menangkap seorang suspek berumur 26 tahun di Jalan North Yu Seng di sini sekitar jam 3.30 petang hari berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson mengesahkan penahanan suspek dan memaklumkan bahawa permohonan reman selama 10 hari telah diluluskan untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk melaporkannya kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian 085-433730. —TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan