Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senator Saraswathy Kandasami berkata pihak kementeriannya menyambut baik inisiatif pihak Mydin yang sentiasa menunjukkan komitmen dalam menyokong masyarakat dan memperkukuhkan perpaduan.

KPN, ‘Mydin Prihatin’ bantu 200 keluarga, perkukuh perpaduan

SUBANG, 2 Okt: Bersemperna sambutan hari perayaan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi , Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) telah yang melancarkan program MYDIN Prihatin ‘Cahaya Prihatin’ melalui program tanggungjawab sosial korporat syarikat mereka.

Program kolaboratif bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara itu turut menyediakan sumbangan kepada 200 keluarga masyarakat India yang kurang berkemampuan di sekitar negeri Selangor.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Senator Saraswathy Kandasami berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif pihak Mydin yang sentiasa menunjukkan komitmen dalam menyokong masyarakat dan memperkukuhkan perpaduan.

Tambahnya lagi, inisiatif seperti ini harus menjadi contoh dan ikutan kepada syarikat swasta lain dalam meraikan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat Mydin berkata program yang dijalankan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan sesama kaum secara tidak langsung selain dapat menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya pada musim perayaan

Beliau berkata sepanjang kempen berlangsung MYDIN turut bekerjasama bersama SMS Deen Jewellers dengan menawarkan ganjaran barangan kemas bernilai keseluruhan RM120,000 bagi pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM150 di dalam satu resit di mana-mana cawangan MYDIN.

Manakala, pelanggan bertuah yang membeli barang kemas di SMS Deen Jewellers serendah RM1,500 berpeluang memenangi hadiah ‘hypermarket sweep’ dengan nilai keseluruhan RM45,000.

Kempen yang berlangsung bermula hari ini hingga 31 Oktober nanti dengan menawarkan penjimatan, serta peraduan dan menyediakan pelbagai promosi persiapan sempena perayaan pesta cahaya itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan