Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis yang memiliki 216 buah topi keledar berjenama tiruan di Sungai Bakap di sini semalam. Foto KPDN

KPDN rampas 216 topi keledar ‘ARAI’ tiruan

NIBONG TEBAL, 2 Okt: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 216 buah topi keledar berjenama disyaki tiruan bernilai RM54,000 selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis di Sungai Bakap di sini pada Selasa.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan berkata, serbuan ke atas premis yang menjalankan perniagaan pemborong topi keledar dan aksesori motosikal itu dilakukan bersama wakil pemilik hak cipta berkenaan.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan, kita berjaya menemukan sejumlah topi keledar dalam milikan yang disyaki salinan langgaran karya seni.

“Sebanyak 216 unit topi keledar jenama MHR yang mengandungi tanda karya seni ARAI bernilai RM54,000 telah disita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat dibawah Akta Hak Cipta 1987 yang jika disabitkan kesalahan, boleh didenda antara RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan yang berikutnya, boleh didenda antara RM4,000 hingga RM40,000 bagi setiap salinan langgaran atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan