Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bursa Malaysia Berhad, TNG Digital Sdn. Bhd dan Affin Hwang Investment Bank Berhad menyasarkan 100,000 pelabur baharu.

Bursa, TNGD, AFFIN Hwang sasar 100,000 pelabur e-Trade

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Bursa Malaysia Berhad, TNG Digital Sdn. Bhd dan Affin Hwang Investment Bank Berhad menyasarkan 100,000 pelabur baharu untuk tahun pertama pelancaran e-Trade, sebuah ciri dagangan pasaran ekuiti pertama menerusi TNG eWallet.

Kerjasama tersebut menawarkan ciri berkenaan yang merupakan sebahagian daripada GOfinance, hab pelaburan dalam TNG eWallet.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Affin Hwang, Nurjesmi Mohd Nashir berkata dengan penawaran ini, pelabur boleh mengaplikasikan platform dagangan serba mudah digunakan dengan data masa nyata serta khidmat sokongan pelanggan yang responsif.

“Platform ini membolehkan pelabur melabur dengan lancar dan memantau portfolio pelaburan mereka dalam satu aplikasi dengan pengalaman mesra pengguna dan langkah keselamatan yang ketat.

“Dengan menggabungkan kepakaran kami bersama TNG Digital dan penawaran produk Bursa Malaysia, kami mencipta peluang baharu untuk rakyat Malaysia terlibat dalam pelaburan ekuiti dan mencapai matlamat kewangan mereka,” katanya pada Majlis Pelancaran e-Trade, di Ibu Negara, pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift.

Nurjesmy berkata e-Trade membolehkan pelabur mengurus portfolio pelaburan saham mereka sambil menjalankan urus niaga kewangan lain dalam ekosistem TNG eWallet.

“Antara ciri yang boleh diakses melalui e-Trade termasuk pembukaan akaun dalam talian, pendidikan perdagangan pasaran ekuiti yang disesuaikan untuk pemula, cerapan pasaran masa nyata dan sokongan pelanggan yang proaktif, tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital, Alan Ni, berkata TNG eWallet telah berkhidmat sebagai aplikasi kegunaan harian kepada lebih 21 juta pengguna di Malaysia.

Oleh itu, pengenalan e-Trade menyediakan akses yang lebih besar kepada pelbagai peluang pelaburan, meningkatkan pemerkasaan kewangan dan menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dalam pasaran saham.

“Inisiatif ini sejajar dengan usaha Bursa Malaysia untuk mendemokrasikan pelaburan ekuiti dan menggalakkan rangkuman kewangan di kalangan rakyat Malaysia,” jelasnya. -TVS

Tags: AFFIN, e trade, TNG

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan