Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai jam 11 pagi bermula 2 Oktober hingga 10 malam pada 13 Oktober hadapan. Foto: BNM

BNM keluarkan duit syiling peringatan sempena pertabalan Agong

ByAsmah Adenan

KUCHING, 2 Okt: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan duit syiling peringatan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim pada 20 Julai lalu.

Duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam tiga denominasi; duit syiling peringatan emas (pruf), duit syiling peringatan perak sterling (pruf) dan duit syiling peringatan emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM, duit syiling peringatan itu juga dijual sebagai dua set dalam satu yang mengandungi sekeping duit syiling perak sterling (pruf) dan sekeping duit syiling emas Nordic (pruf).

“Harga jualan setiap set ialah RM330. Sejumlah 1,300 set tersedia untuk pembelian.

“Manakala, bagi reka bentuk duit syiling peringatan di bahagian hadapan ialah potret Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berlatarbelakangkan corak motif tumbuhan lada hitam.

“Nama baginda ‘Sultan Ibrahim’ pula tertera pada sekeliling bahagian atas duit syiling,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, bahagian belakang memaparkan jata Yang di-Pertuan Agong dengan bermotifkan tumbuhan lada hitam.

Sementara itu, teks “Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII” tertera pada sekeliling bahagian atas duit syiling.

Nama “Bank Negara Malaysia” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan dipaparkan pada sekeliling bahagian bawah duit syiling bersama-sama dengan nilai muka “100 Ringgit” bagi emas (pruf), “10 Ringgit” bagi perak sterling (pruf) dan “1 Ringgit” bagi emas Nordic B.U.

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai jam 11 pagi bermula 2 Oktober hingga 10 malam pada 13 Oktober hadapan.

“Setiap individu hanya boleh membeli satu set 2 dalam 1, satu keping duit syiling emas (pruf), satu keping duit syiling perak sterling (pruf) dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling emas Nordic (B.U).

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak lain,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan