Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MoU ditandatangani Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BCS Aviation, Dato Sri Robert Song dan Pengarahnya, Dato Akim Matrang, manakala mewakili Bangchak, Naib Presiden Eksekutif Kanan Kumpulan Perniagaan Penapisan, Thamarat Paryoonsuk dan Naib Presiden Strategik dan Pembangunan Perniagaan Penapisan, Anekpracha Kaewmanee. Foto: BCS Aviation

BCS Aviation, syarikat pertama perkenal SAF ke pasaran penerbangan negara

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Firma perkhidmatan penerbangan Sarawak, BCS Aviation (Sarawak) tampil sebagai syarikat pertama yang akan memperkenal bahan api penerbangan mampan (SAF) ke dalam pasaran industri penerbangan Malaysia.

BCS Aviation dalam satu kenyataan memaklumkan, dua memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani bersama Bangchak Corporation Public Company Limited (Bangchak) Thailand bagi meningkatkan pengeluaran dan pengedaran SAF daripada minyak masak terpakai.

MoU ditandatangani Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BCS Aviation, Dato Sri Robert Song dan Pengarahnya, Dato Akim Matrang, manakala mewakili Bangchak, Naib Presiden Eksekutif Kanan Kumpulan Perniagaan Penapisan, Thamarat Paryoonsuk dan Naib Presiden Strategik dan Pembangunan Perniagaan Penapisan, Anekpracha Kaewmanee.

Jelasnya, menerusi kerjasama strategik itu kedua-dua pihak berhasrat untuk meneroka peluang pengedaran dan penyelesaian logistik SAF dari Thailand ke Malaysia, selain menilai kebolehlaksanaan pembekalannya di negara ini.

BCS Aviation juga akan menjalinkan kerjasama dengan Meana Oil Sdn Bhd bagi memperkenal SAF ke pasaran industri penerbangan di negara ini.

Sementara itu, unit pengeluaran SAF daripada minyak masak terpakai akan dibina di kilang penapisan Bangchak bagi menyokong industri penerbangan dalam mengurangkan pelepasan karbon berdasarkan pelan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

BCS Aviation berkata, unit pengeluaran itu nanti akan menggabungkan teknologi pra-rawatan Desmet untuk membuang bahan pencemaran dan kekotoran secara mampan daripada minyak masak terpakai.

Unit itu turut diunjurkan mempunyai kapasiti pengeluaran harian sehingga 1 juta liter dan dijadualkan untuk pentauliahan pada suku keempat tahun ini.

Kedua-dua syarikat itu juga akan meneroka potensi untuk membekal SAF ke seluruh Asia Tenggara, selain memajukan amalan mampan industri penerbangan. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found