Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SpaceX menghantar terminal Starlink ke negeri-negeri yang terjejas selepas Taufan Helene membadai Amerika Syarikat, kata usahawan terkemuka Elon Musk pada Selasa. Foto fail AFP

SpaceX hantar terminal Starlink ke negeri terjejas taufan – Musk

ByBernama

MOSCOW, 1 Okt: SpaceX menghantar terminal Starlink ke negeri-negeri yang terjejas selepas Taufan Helene membadai Amerika Syarikat, kata usahawan terkemuka Elon Musk pada Selasa.

Sebelum ini, CBS News melaporkan bahawa jumlah kematian akibat taufan itu kini mencecah 131 orang.

“Sejak bencana Taufan Helene, SpaceX menghantar sebanyak mungkin terminal Starlink untuk membantu kawasan-kawasan yang memerlukan,” kata Musk di platform X.

Musk juga berkata bahawa calon presiden AS, Donald Trump memaklumkan kepadanya tentang lebih ramai orang di North Carolina yang memerlukan perkhidmatan internet Starlink.

Taufan terbabit melanda AS pada lewat Khamis sebelum melemah menjadi ribut tropika pada Jumaat.

Helene menyebabkan kemusnahan di beberapa negerinya.

Sebagai tindak balas, Presiden AS Joe Biden mengisytiharkan darurat di Florida, Georgia, Alabama, North Carolina, South Carolina, dan Tennessee. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan