Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Liwan Lagang merasmikan Persidangan Saluran Paip Borneo 2024 di Miri, hari ini. Foto Mohamad Faisal (TVS)

Saluran paip berperanan penting jayakan proses peralihan tenaga Sarawak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 1 Okt: Saluran paip berperanan penting dalam proses peralihan tenaga, bukan sahaja untuk pengangkutan minyak dan gas, tetapi juga bahan bakar hidrogen yang merupakan kunci kepada tenaga bersih.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini adalah sejajar dengan matlamat kerajaan mencapai sasaran sifar karbon menjelang 2030.

“Sarawak mempunyai sejarah panjang dalam sektor tenaga, bermula dari penemuan minyak di Miri lebih 100 tahun lalu. Kini, kami sedang menerajui peralihan tenaga hijau, dengan fokus pada inovasi dan teknologi mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang pada Majlis Perasmian Persidangan Saluran Paip Borneo 2024 di sini, hari ini.

Abang Johari turut memuji penganjur atas inisiatif mereka mengadakan persidangan yang pertama kali diadakan ini, yang mengumpulkan pemimpin industri, inovator dan profesional dari seluruh Asia Tenggara.

“Platform seperti ini penting untuk pertukaran idea dan membentuk masa depan infrastruktur tenaga di rantau ini,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan