Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Program pengajian aeroangkasa dan satelit dilancar minggu depan – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan program aeroangkasa dan satelit akan dilancarkan di Kolej Universiti i-CATS minggu hadapan.

Beliau berkata inisiatif itu selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan percuma pada 2026.

Murid Bumiputera daftar SJK Chung Hua meningkat 38 peratus pada 2023

“Pada minggu hadapan, saya akan melancarkan disiplin baharu ini. Kita juga telah mempunyai pensyarah dan kita sedang bekerjasama dengan United Kingdom dan Amerika Syarikat serta sebahagian teknologi China dalam komunikasi satelit.

“Tetapi seperti yang anda tahu, (teknologi) satelit juga memerlukan kapal angkasa berprotokol. Jadi, dengan cara itu kita perlu mengkaji kapal angkasa itu termasuk sistem avionik dan ia adalah sebahagian daripada program latihan untuk pelajar kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, malam ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru anak Sarawak merebut peluang melanjutkan pengajian di Fakulti Aeroangkasa berkenaan.

Abang Johari menambah penubuhan fakulti aeroangkasa yang pertama di Sarawak itu merupakan langkah penting untuk merealisasikan hasrat
membangunkan industri angkasa lepas wilayah ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan