Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Muaythai Negeri Sarawak diketuai Jumaat Ibrahim di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto TVS

Penganjuran sukan muaythai, promosi Sarawak di mata dunia

ByMadeline Dugat

KUCHING, 1 Okt: Bandar raya ini bakal menjadi tumpuan para peminat sukan muaythai dengan penganjuran Kejohanan Muaythai Piala Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertuan Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim berkata lebih kurang 200 orang peserta bakal berentap pada kejohanan kali ini yang dijadual berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober depan di Amphitheater, Jalan Budaya.

“Pasukan Muaythai Negeri Sarawak diiktiraf oleh International Federation of Muaythai Associations (IFMA) dan apabila kita menganjur sesuatu acara sukan seluruh dunia akan menumpu kepada kita.

“Secara tidak langsung ia bukan sahaja mempromosikan sukan muaythai malah dapat mencungkil bakat-bakat baru muaythai anak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertuan Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, kunjungan hormat itu juga bertujuan bagi menjemput Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyaksikan kejohanan tersebut.

Katanya, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang kejohanan tersebut termasuklah pemeriksaan kesihatan dan Fun Run.

Sesi pengenalan peserta dari dalam dan luar Malaysia akan berlangsung di Amphitheater Tebingan Kuching pada 3 Oktober pada 8 malam.

“Pada 5 Oktober malam untuk acara kemuncak akan berlangsung Pro Fight Muaythai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan