Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata Perhimpunan Agung PBB juga akan membentangkan peraturan berkaitan Sayap Belia. Foto Nadim Bokhari (TVS)

PBB lancar protem Sayap Belia di Sibu pada 5 dan 6 Oktober

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 1 Okt: Pelancaran protem Sayap Belia, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan diadakan di Sibu pada 5 dan 6 Oktober ini.

Setiausaha Agung PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata pergerakan itu masih di peringkat protem memandangkan peraturan mengenainya perlu dibentangkan dalam Perhimpunan Agung PBB Ke-16 pada awal tahun hadapan.

“Peraturan bagi Sayap Belia ini sudah siap, namun masih ada proses yang perlu dilalui sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Ia perlu dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB, kemudian diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Sidang media itu diadakan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang dipengerusikan Presiden PBB yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sayap itu menyediakan platform dalam parti kepada individu berumur 18 hingga 28 tahun terbabit dalam politik.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan