Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia dan Korea Selatan secara bersama berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang November depan. Foto Fahmi Fadzil (Fb)

Malaysia, Korea Selatan tambah baik MoU ICT, Nov depan – Fahmi

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Malaysia dan Korea Selatan sebulat suara berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang November depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, aspek penambahbaikan yang dicadangkan termasuklah melibatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang kini semakin meluas digunakan dalam pelbagai bidang, sejajar perkembangan era digital.

“MoU itu telah ditandatangani pada 2019 oleh Malaysia dan Republik Korea, banyak dalam perbincangan saya dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di sini (Korea Selatan) memberi fokus bukan sekadar kepada infrastruktur 5G, tetapi juga ‘AI-powered 5G’, dan memanfaatkan internet yang laju untuk aplikasi AI.

“Mereka tidak memandang kepada 6G sekarang sebab mereka baru selesai pelaksanaan 5G sepenuhnya.

“Dalam kebanyakan perbincangan saya, sama ada dengan menteri atau pihak industri, mereka menunjukkan bahawa fokus sekarang adalah aplikasi.

“Internet 5G memang laju, tapi bila sudah laju, apa kita buat dengan kelajuan, jadi, fokusnya adalah AI,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut Fahmi, perkara itu telah dibangkitkan beliau semasa pertemuan empat mata bersama Menteri Sains dan ICT Republik Korea (MSIT) Yoo Sang-im pada persidangan GSMA M360 APAC 2024 di Korea Selatan, hari ini.

Fahmi yang kini dalam lawatan kerja ke Korea Selatan selama tiga hari bermula Isnin dengan beliau dijadual menyampaikan ucaptama pada persidangan GSMA M360 APAC 2024 menerusi sesi Building the AI-Enabled Digital Backbone.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan