Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Jambatan Nanga Melupa, Jalan Pan Borneo, Sri Aman-Sarikei pagi ini. Foto JBPM

Lima cedera kemalangan dua kenderaan di Sri Aman – Sarikei

SARATOK, 1 Okt: Lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Jambatan Nanga Melupa, Jalan Pan Borneo, Sri Aman-Sarikei di sini, pagi ini.

Komander Operasi, Yusof Tamin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.47 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan kereta Toyota Vios dan kereta Perodua Bezza melibatkan lima mangsa yang cedera.

“Dua mangsa yang cedera menaiki xereta Toyota Vios manakala tiga mangsa lain menaiki kereta Perodua Bezza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Pihak bomba melakukan kerja-kerja pembersihan jalan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan