Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT hari ini telah menerima tiga sijil The Malaysia Book of Records (MBOR) setelah berjaya mencipta sejarah baharu MBOR semasa penganjuran Hari Cuci Malaysia 2024 pada Sabtu lalu. Foto TVS

KPKT cipta 3 rekod baharu The Malaysia Book of Records

PUTRAJAYA, 1 Okt: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini menerima tiga sijil The Malaysia Book of Records (MBOR) dengan kejayaan mencipta sejarah baharu MBOR menerusi penganjuran Hari Cuci Malaysia 2024 pada Sabtu lalu.

Sijil MBOR itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Christopher Wong kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming di Bangunan KPKT hari ini.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata, record ‘hatrick’ itu telah berjaya mencapai sasaran pihak kementerian dengan mencatatkan rekod baharu bagi kategori gotong-royong dengan penyertaan seramai 58,007 peserta.

“Kita telah pecah tiga bukan satu tetapi tiga rekod. Dimana jumlah bilangan kita sasarkan 50,000 kita dapat 58,007 orang. Jumlah berat yang kita sasarkan 3,000 Tan kita dapat 4,645.5 Tan.

“Ini merupakan juga tempoh gotong-royong yang paling lama dalam sejarah. Pukul 8 pagi sampai pukul 8 malam. Tiga rekod ‘Hatrick’ telah pun kita pecahkan sekali,” katanya ketika berucap pada Majlis penyerahan sijil The Malaysia Book Of Records bersempena Hari Cuci Malaysia 2024 di sini pada Selasa.

Beliau turut memberitahu rekod gotong-royong dengan penyertaan paling ramai sebelum ini dipegang oleh Universiti Teknologi Mara dengan penyertaan seramai 35,685 peserta.

Kor Ming dalam pada itu meyakini penyertaan pada tahun hadapan akan meningkat sekali gus melebur rekod pada tahun ini.

Sementara itu, majlis turut menyaksikan Kor Ming mengumumkan bahawa Hari Cuci Malaysia menjadi acara tahunan seiring komitmen kementeriannya memastikan persekitaran di Malaysia sentiasa dalam keadaan yang baik.

“Maka dengan sukacita saya ingin mengumumkan Cuci Malaysia 2025 dijatuhkan pada hari Sabtu terakhir bulan September tahun depan iaitu pada tarikh keramat 27 September.

“Bulan Oktober kita ada Hari Sukan Negara, bulan September kita ada Hari Cuci Malaysia,” katanya lagi.

Program Pembersihan Mega Sempena World Cleanup Day berlangsung meriah di Pasar Seni, Kuala Lumpur dan 649 lokasi di seluruh negara pada 28 September 2024 Sabtu lalu.

Berdasarkan kutipan sisa pepejal di seluruh negara, Negeri Sembilan berjaya mengutip sisa pepejal paling berat iaitu 1266.00 tan, diikuti Pahang (827.01 tan) dan Perak (615.82 tan).

Tambah Kor Ming, program gotong- royong mega ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan dan tanggungjawab menjaga kebersihan awam demi imej dan reputasi negara khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan