Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek kes bunuh seorang pereka dalaman yang ditikam 20 kali di sebuah pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 15 Sept lepas akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya esok. Foto hiasan Envato

Kes bunuh pereka dalaman: Suspek lelaki dituduh esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Suspek kes bunuh seorang pereka dalaman yang ditikam 20 kali di sebuah pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 15 Sept lepas akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata lelaki berusia 50 tahun itu yang juga penganggur akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Berdasarkan siasatan, kejadian pembunuhan berkenaan berpunca apabila mangsa telah menyedari suspek memecah masuk rumah beliau untuk mencuri sebelum berlaku pergelutan yang menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 16 Sept lepas, media melaporkan seorang pereka dalaman berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Bandar Sri Damansara dengan 20 kesan tikaman di seluruh badan termasuk tangan dan kepala.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 50 hingga 61 tahun dalam serbuan di sebuah pangsapuri di ibu kota pada 3 pagi, 21 Sept lepas kerana disyaki terlibat dalam kejadian itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan