Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
NUTP menyelar kenyataan CUEPACS yang dakwa guru merupakan kumpulan penjawat awam paling ramai terlibat memalsukan sijil cuti sakit (MC). Foto hiasan, Envato.

Jangan tuduh ramai guru palsukan cuti sakit (MC) jika tiada bukti kukuh

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyelar kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mendakwa guru merupakan kumpulan penjawat awam paling ramai terlibat dalam salah laku memalsukan sijil cuti sakit (MC).

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berkata tindakan itu secara tidak langsung mempertikai profesionalisme 450,000 guru di negara ini yang cemerlang menjalankan tugas mendidik anak bangsa.

Jelas beliau dakwaan berkenaan juga secara tidak langsung mempertikaikan tahap profesionalisme dan etika kerja pegawai-pegawai perubatan yang komited menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

“Sebarang kenyataan oleh sesiapa sahaja yang mengaitkan bahawa ramai dalam kalangan guru yang mengambil MC tanpa disertakan data sahih dan bukti kukuh adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fouzi menegaskan sijil sakit akan diberikan kepada seseorang guru oleh pegawai perubatan yang bertauliah sama ada yang berkhidmat di hospital atau klinik kerajaan mahupun swasta.

“Ia diberikan setelah pegawai perubatan mendapati seseorang guru tersebut tidak sihat untuk menjalankan tugasnya dengan sempurna untuk tempoh tertentu,” ujarnya

Walau bagaimanapun, Fouzi menegaskan sekiranya didapati benar ada dalam kalangan guru yang mengambil sijil sakit palsu, pihaknya mahu tindakan diambil berdasarkan undang-undang, peraturan atau seksyen yang sedia ada.

Semalam, CUEPACS dalam satu kenyataan mendedahkan kebanyakan penjawat awam yang menipu dengan mengemukakan MC palsu adalah mereka yang gagal mendapatkan cuti sakit daripada pihak klinik atau hospital. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan