Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indonesia telah memulakan eksport sulung tuna dalam tin, yang dihasilkan oleh PT Pasifik Masami Indonesia di Banyuwangi, Jawa Timur, ke Kanada pada Isnin. Foto hiasan Envato

Indonesia mula eksport tuna dalam tin ke Kanada

ByBernama

JAKARTA, 1 Okt: Indonesia telah memulakan eksport sulung tuna dalam tin, yang dihasilkan oleh PT Pasifik Masami Indonesia di Banyuwangi, Jawa Timur, ke Kanada pada Isnin, lapor Xinhua.

“Jumlah keseluruhan eksport bernilai US$10 juta dan dijadualkan berlangsung selama enam bulan akan datang,” kata Menteri Hal Ehwal Marin dan Perikanan Sakti Wahyu Trenggono.

Sakti mencadangkan agar Indonesia memperkukuh perikanan terkawal untuk memperbaiki sektor huluan dan menyokong industri perikanan bagi memenuhi permintaan dalam dan luar negara.

Selain Banyuwangi, tempat-tempat lain seperti Kabupaten Biak di Papua juga berpotensi untuk mengeksport ikan dalam tin, termasuk pengeluaran tuna.

Pengarah Pemasaran PT Pasifik Masami Indonesia, Sherly Indrawati, mendedahkan bahawa syarikatnya mempunyai kapasiti untuk menghasilkan sehingga 70 tan tuna dalam tin dan “tuna loin” pramasak setiap hari.

Syarikat itu menyasarkan pasaran domestik dan antarabangsa, termasuk Eropah, Asia, Timur Tengah, Afrika, Amerika Utara, dan Oceania. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan