Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ruth Porat bersama Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra ketika mesyuarat di rumah kerajaan di Bangkok pada 1 Oktober 2024. Foto AFP

Google labur AS$1 bilion di Thailand

ByAFP

BANGKOK, 1 Okt: Syarikat gergasi teknologi multinasional Amerika Syarikat, Google merancang untuk melabur AS$1 bilion untuk membina infrastruktur digital di Thailand, termasuk pusat data baharu.

Google dalam satu kenyataan pada Isnin berkata langkah itu akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih 14,000 rakyat di negara itu.

Hab baharu itu bertujuan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri pengkomputeran awan di Asia Tenggara.

Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Google dan syarikat induk Alphabet, Ruth Porat berkata keputusan itu dibuat selepas Microsoft mengumumkan akan mewujudkan wilayah pusat data pertama Thailand untuk meningkatkan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan, pada Mei lalu.

“Pelaburan ini akan memperkasakan perniagaan, inovator dan komuniti Thai untuk memanfaatkan kuasa awan dan teknologi AI,” katanya.

Butiran pelaburan itu diumumkan selepas pertemuan Bangkok antara Porat dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra, yang memuji langkah itu sebagai bukti Thailand menjadi hab digital utama di Asia Tenggara.

Pusat data itu akan ditempatkan di Chonburi, kawasan perindustrian utama di tenggara Bangkok, manakala kemudahan awan akan berada di ibu negara itu sendiri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan