Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Generasi muda galas tanggungjawab jamin kelestarian budaya

KUCHING, 1 Okt: Forum Belia Warisan Budaya Asean Kedua 2024 boleh menjadi platform golongan belia menggalas tanggungjawab penting untuk memastikan keterjaminan kelestarian sesebuah budaya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, program itu membolehkan golongan belia berkongsi amalan terbaik dalam pemuliharaan serta pengaplikasian warisan budaya, selain memangkin perkembangan pembangunan dan kelestarian budaya.

Katanya, forum berkenaan juga berperanan sebagai salah satu hab bagi pertukaran budaya di kalangan golongan belia.

“Budaya itu merupakan roh sebuah bangsa dan ia tidak dapat diukur dengan harta kekayaan, kerana tanpa budaya, kita ‘miskin’ dari segi peradaban.

“Budaya itu merupakan benih yang menjadi denyut nadi sebuah bangsa dan nilai itu amat bermakna bagi sebuah peradaban dalam masyarakat majmuk,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Forum Belia Warisan Budaya Asean Kedua 2024 di Muzium Budaya Borneo, Kuching pada Selasa.

Forum yang berlangsung bermula hari ini sehingga 5 Oktober ini, disertai seramai lebih 100 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari 20 negara.

Pada forum tersebut, pelajar-pelajar ini akan membentangkan hasil dapatan kajian kes berkaitan pengetahuan tempatan serta tradisi dalam memulihara serta pengaplikasian warisan budaya dalam persekitaran harian mereka.

Peserta forum juga turut berpeluang untuk berinteraksi dan bertukar pandangan bersama pakar serta masyarakat tempatan dalam mendalami serta memahami sesebuah budaya.

Forum Belia Warisan Budaya Asian Kedua 2024 merupakan cetusan Kerajaan Sarawak yang direalisasikan menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bersama rakan strategik dari Yayasan Warisan Budaya Negara China dan Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) serta Universiti Fudan, China.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan