Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Dato Sri Mohd Zuki Ali (Pengerusi KWSP)

Gaji rendah punca simpanan KWSP tidak mencukupi – Pengerusi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi faktor utama jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.

Pengerusi KWSP Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata caruman yang tidak teratur, terutama dalam kalangan mereka yang menceburi ekonomi tidak formal atau ekonomi gig, juga hanya memburukkan lagi keadaan.

“Peralihan yang kian ketara ke arah kerja tidak formal telah menyebabkan semakin kurangnya individu mendapat akses terhadap skim simpanan persaraan rasmi seperti KWSP.

“Ini ditambah lagi dengan tahap celik kewangan agak rendah dan mengehadkan pemahaman orang ramai mengenai kepentingan menabung serta perancangan persaraan,” katanya dalam ucapan aluannya pada acara Bulan Celik Kewangan 2024 di sini, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan