Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee merakam kenangan bersama para pemenang selepas merasmikan penutupan Pertandingan F1 Schools Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Farley Mall di Kuching pada Selasa. Foto TVS

‘Formula 1 Schools’ semai minat pelajar bidang STEM

KUCHING, 1 Okt: Pertandingan Formula 1 Schools berperanan sebagai platform menyemai minat pelajar terhadap bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata pertandingan ini akan menjadi teras untuk membangunkan murid dari segi kemahiran, pencapaian akademik sekaligus membudayakan STEM dalam kehidupan seharian.

Katanya, seluruh dunia pada masa ini sedang berusaha untuk menanam minat dalam kalangan pelajar untuk berkecimpung sekaligus berhasrat melanjutkan pelajaran dalam STEM.

“Pada tahap ini, minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik sangat-sangat rendah.

“Bukan sahaja Sarawak khasnya atau Malaysia umumnya malah seluruh dunia sedang bertungkus-lumus untuk menanam minat di kalangan pelajar untuk menyukai atau mempunyai minat yang tinggi untuk belajar atau melanjutkan pelajaran dalam STEM,” katanya.

Beliau berucap semasa merasmikan penutupan Pertandingan F1 Schools Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Farley Mall di Kuching pada Selasa.

Selain itu, beliau turut menyeru agar individu mahupun sekolah-sekolah yang ingin menjalankan penyelidikan boleh mengemukakan permohonan geran di bawah Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC).

Jelasnya, geran tersebut merupakan geran khas untuk para pelajar membuat penyelidikan yang berkaitan terutama dalam bidang STEM.

“Di bawah Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak, kami mempunyai dana khas untuk pelajar membuat beberapa bentuk penyelidikan.

“Oleh itu, saya menasihatkan mereka terutama pelajar muda supaya memohon untuk pembiayaan ini sebelum memulakannga supaya anda boleh menggunakan geran ini untuk melakukan penyelidikan yang betul dan anda boleh menang dalam pertandingan,” katanya.

Seramai lapan buah pasukan dari empat buah sekolah telah menyertai Pertandingan F1 Schools Peringkat Negeri Sarawak 2024 bagi mewakili Sarawak di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Februari 2025.

Pemenang bagi peringkat kebangsaan pula akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di Abu Dhabi.

Juara bagi pertandingan tersebut adalah Pasukan Prime Racing manakala tempat kedua disandang oleh Pasukan Rhyno Kenyalang Racing dan tempat ketiga disandang oleh Pasukan Excelsis Deo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan