Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program anjuran KWSP adalah inisiatif untuk memperkasakan rakyat  dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan.

Bulan Literasi Kewangan Kebangsaan bantu rakyat celik kewangan

ByWilly Jali

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) telah menganjurkan Bulan Literasi Kewangan Kebangsaan (FLM) 2024 yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Pengerusi KWSP Tan Sri Mohd Zuki, program ini sebahagian daripada inisiatif untuk memperkasakan rakyat  dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan.

“Bulan Literasi Kewangan dianjurkan pada masa yang tepat ketika peralihan demografi yang berkembang pesat, pertumbuhan ekonomi dan pendigitalan perkhidmatan kewangan. Seiring kemunculan cabaran dan peluang baharu, literasi kewangan melangkaui aspek belanjawan dan simpanan asas.

“Setiap individu harus diperkasakan untuk membina masyarakat yang berdaya tahan kewangan untuk menempuhi dunia kewangan yang kompleks pada hari ini, mengurus perbelanjaan, merancang persaraan dan melindungi diri daripada penipuan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Pelancaran Bulan Literasi Kewangan Kebangsaan (FLM) 2024 di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Bijak Wang, Hidup Sejahtera’, FLM 2024 memfokuskan untuk meningkatkan kepintaran kewangan, termasuk pengurusan kewangan peribadi, pengurusan risiko, pengetahuan pelaburan, perancangan persaraan dan literasi kewangan digital dengan penekanan yang kuat terhadap pencegahan penipuan.

Mohd Zuki turut menyifatkan program ini sebagai anjakan paradigma yang berkesan dalam menyediakan rakyat Malaysia dengan ilmu pengetahuan dan mengukuhkan pendidikan kewangan bagi memastikan kehidupan terjamin.

“Betapa pentingnya untuk mengukuhkan pendidikan kewangan merentasi semua segmen masyarakat bagi memastikan individu, keluarga dan komuniti berupaya untuk membuat keputusan kewangan termaklum sepanjang kitaran hayat mereka.

“Hasil daripada komitmen pendidikan kewangan, KWSP bersama pihak berkepentingan lain terus memainkan peranan proaktif dalam menyediakan rakyat Malaysia dengan ilmu pengetahuan dan sokongan yang diperlukan dalam pengurusan kewangan untuk membina masa depan yang terjamin,” ujarnya lagi.

Sepanjang Oktober, ahli dan rakan kongsi FEN akan menganjurkan aktiviti literasi kewangan di seluruh negara untuk menyokong dan memacu aspirasi Ekonomi MADANI sekaligus memperkasakan rakyat Malaysia dengan ilmu celik kewangan.

Dalam pada itu, salah satu inisiatif utama program ini iaitu jerayawara FLM2024 yang diadakan di seluruh negara oleh Skuad Celik Kewangan FEN bertujuan mendekatkan pendidikan kewangan kepada rakyat serta merangkumi khidmat nasihat kewangan untuk pengguna oleh KWSP, BNM dan AKPK.

Program perdana tahunan yang dianjurkan ini turut meliputi lebih 80 lokasi di seluruh negara untuk meningkatkan tahap kesedaran kewangan dan menyediakan alat yang penting dalam pengurusan kewangan peribadi disediakan terutamanya untuk golongan kurang mendapat perkhidmatan yang mrangkumi perancangan jangka panjang, pengurusan risiko dan literasi kewangan digital.

Usaha ini diperkukuhkan lagi dengan institusi kewangan yang mengambil bahagian di bawah inisiatif Bank Bergerak yang akan memanfaatkan jaringan akar umbi untuk mendekati komuniti yang kurang bernasib baik bagi menyampaikan pendidikan kewangan secara langsung kepada golongan yang amat memerlukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan