Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

BSMF 2024: Peminat Dolla menang tiket percuma zon ‘Party Rock’

ByAdlina Rahman

KUCHING, 1 Okt: Peminat kumpulan penyanyi popular tempatan, Dolla memenangi dua tiket percuma Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024 pada 11 dan 12 Oktober 2024 ini.

Tawaran menarik itu dapat diperoleh dengan menyertai pelbagai permainan seperti teka teki lagu Dolla, mempersembahkan tarian dan nyanyian kepada lagu kumpulan itu.

Senarai pemenang diumumkan Dolla semasa mengadakan sesi pertemuan eksklusif bersama para peminat di Plaza Merdeka di sini baru-baru ini.

Dolla beramah mesra dengan peminat di sesi pertemuan eksklusif dengan kumpulan itu di Kuching baru-baru ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Tinjauan TVS di pusat beli-belah itu menyaksikan rata-rata para peminatnya menzahirkan kegembiraan kerana berpeluang beramah mesra dengan idola mereka sambil menyatakan penghargaan kepada penganjur.

Menurut salah seorang pemenang tiket BSMF 2024, Fida Shafida Sahar, ini bukanlah kali pertama dia beramah mesra dengan idolanya secara bersemuka namun dia tetap berasa gembira kerana bukan saja dia berpeluang untuk berjumpa dengan Dolla tetapi juga memenangi tiket percuma ke untuk ke festival muzik itu.

“Saya tidak menyangka bahawa saya dipanggil ke atas pentas untuk menari dan menang. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih saya,” kata Fida.

Turut senada, juga pemenang bertuah tiket percuma ke BSMF 2024, Irfan Fazrin yang menyatakan bahawa dia tidak sabar untuk membawa adik perempuannya melihat persembahan Dolla di festival itu nanti.

“Saya berasa sangat gembira kerana menang tiket untuk zon ‘Party Rock’. Saya akan bawa adik perempuan saya bersama,” katanya kepada TVS.

Sesi pertemuan bersama peminat itu merupakan antara acara menarik yang dianjur menjelang konsert BSMF 2024 yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik seluruh dunia.

BSMF 2024 sekali lagi bakal menggegarkan pentas di Stadium Sarawak Kuching tahun ini dengan menampilkan barisan artis tempatan serta antarabangsa dari Korea Selatan, Indonesia, Thailand, Australia dan Belanda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan