Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Dari kiri) Penjawat awam Mohd Dalinee Jupar Ali, Mohd Khairul Amree Abdul Rahman dan Muhammad Nazrul Hazmi Serazah ketika ditemui pemberita hari ini. Foto TVS

Belanjawan 2025: Menanti khabar gembira, bersifat ‘mesra penjawat awam’

LIMBANG, 1 Okt: Para penjawat awam mengharapkan ‘khabar gembira’ selain bersifat ‘mesra penjawat awam’ daripada Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.

Tinjauan TVS di sini menemui seorang penjawat awam, Mohd Dalinee Jupar Ali turut berharap Belanjawan 2025 bakal menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan itu di wilayah ini.

“Belanjawan 2025 amat dinanti pekerja sektor kerajaan dan swasta khususnya dalam membawa perubahan positif dalam ekonomi sekali gus ia mampu membantu negara dalam memulihkan ekonomi secara tidak langsung,” katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai penerbit rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Limbang berkata peranan penjawat awam penting dalam menjayakan agenda pembangunan semula negara.

“Sebagai seorang penjawat awam kita sangat menantikan khabar gembira daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang akan membentangkan Belanjawan 2025, 18 Oktober ini.

“Kita mengharapkan kebajikan penjawat awam itu diberi perhatian selain keperluan lain golongan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai KEMAS Bahagian Limbang Mohd Khairul Amree Abdul Rahman menyifatkan Belanjawan 2025 merupakan belanjawan yang inklusif dan menyeluruh tanpa meminggirkan penjawatan awam termasuk di Sarawak.

“Kami daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat Limbang mengharapkan bajet pada tahun ini bersifat inklusif dan menyeluruh sejajar dengan tema belanjawan thn 2025 ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’,” katanya.

Bagi Leftenan Muda (PA) Muhammad Nazrul Hazmi Serazah yang bertugas di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang berharap kerajaan dapat menambah baik termasuk mengekalkan kadar elaun pegawai dan anggotanya pada pembentangan Belanjawan 2025 nanti.

Pada belanjawan itu juga beliau turut berharap kerajaan dapat meluluskan lagi penambahan penjawatan di bawah APM agar setiap pegawai dan anggota dapat memperkasakan lagi peranan mereka dengan memberi perkhidmatan terbaik dan berkhidmat secara sukarela kepada masyarakat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan