Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bank Rakyat salur RM350,000 kepada 70 masjid, surau

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Sebanyak 70 buah masjid dan surau di seluruh negara menerima sumbangan RM5,000 daripada Bank Rakyat untuk tujuan pengimarahan.

Bank Rakyat memaklumkan sebanyak RM350,000 diperuntukkan bagi tujuan itu dan sumbangan diserahkan sempena Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat.

Program itu dianjurkan serentak di 70 lokasi seluruh negara bersempena sambutan ulang tahun Bank Rakyat yang ke-70 pada 28 September lalu.

“Inisiatif kemasyarakatan ini dilaksanakan bagi memperkukuh hubungan dengan masyarakat yang menjadi tonggak kejayaan Bank Rakyat selama tujuh dekad.

“Selain dianjurkan bagi mensyukuri pencapaian dan pertumbuhan mampan Bank Rakyat yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, program ini juga mencerminkan jalinan silaturahim yang kukuh antara Bank Rakyat dengan pelanggan dan masyarakat,” kata bank itu menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah Bank Rakyat, mereka berhasrat untuk terus berkhidmat membabitkan aspek pembangunan sosial melalui aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat.

Bank itu juga berharap bantuan yang disalurkan dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat, selain memperkukuh hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak sejajar dengan aspirasi Bank Rakyat dan nilai Malaysia Madani.

“Melangkah ke hadapan, Bank Rakyat akan meneruskan usaha inovasinya agar kekal relevan dalam perkembangan pantas industri perbankan Islam dengan menyediakan penyelesaian perbankan yang holistik dan patuh pada prinsip Syariah,” tambah kenyataan itu. TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan