Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Kuching, malam tadi. Foto Nadim Bokhari (TVS)

10 ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB baharu

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 1 Okt: Majlis Kerja Tertinggi, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyaksikan pertambahan 10 lagi ahli baharu yang dilantik.

Setiausaha Agung PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata lima ahli dilantik dari Pergerakan Pemuda dan lima lagi dari Pergerakan Wanita.

“Pelantikan ini mengambil kira parti yang sudah berkembang dan parti memerlukan mereka mengikut senario politik dan keperluan lain,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Sidang media itu diadakan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang dipengerusikan Presiden PBB yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pemuda PBB yang dilantik ialah Afiq Brahim, Malcolm Layang Jimban, Sufian Moha, Nicholas Juib dan Abang Mohd Hafiq Abang Kassim.

Pergerakan Wanita diwakili Senator Susan Chemerai Anding, Dato Sri Rohani Karim, Datin Sri Angelina Ujang, Umang Nangku Jabu dan Dr Dayang Nurfizawati.

Menurut Nanta, Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB semalam merupakan yang pertama diadakan sejak penambahan jumlah ahli Majlis Kerja Tertinggi diluluskan.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan