Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Walaupun mengandung Dynas Mokhtar berjaya habiskan penggambaran Kasih Keringkam

ByMohamad Azfar Haziq Bin Mohamad Aziz

DRAMA Kasih Keringkam mengisahkan dua beradik, Asmah dan Faridah yang terpisah akibat fitnah dan tragedi namun akhirnya disatukan kembali melalui Keringkam pusaka keluarga mereka.

Dr Abdul Riezal Dim, pengarah bagi drama Kasih Keingkam dan pensyarah kanan sinematografi di Universiti Malaysia Sarawak, berusaha untuk memajukan industri filem Malaysia dengan karya yang mencerminkan identiti budayanya.

Mendapat pendidikan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, beliau memberikan sumbangan yang besar di negara dan antarabangsa dengan menggabungkan isu serius dengan komedi.

Keringkam

Kasih Keringkam merupakan cerita ketiga beliau dan menceritakan kasih sayang keluarga yang mempunyai asas atau warisan yang ditinggalkan turun temurun untuk dijadikan sumber rezeki bagi keluarga mereka.

“Sebelum ini saya telah menulis dan mengarah telemovie untuk TVS… jadi untuk Kasih Keringkam sebenarnya naratif yang ketiga bagi saya”

“…Keringam itu hanyalah latar belakang di mana keluarga-keluarga yang terlibat ini menggunakannya untuk mencari mata pencarian mereka daripada hasil anyaman keringkam…”

 

Pemilihan Pelakon

Menurut Dr Abdul Riezal Dim, watak Asmah dibawakan oleh tiga pelakon yang berbeza, oleh itu beliau menumpukan perhatian terhadap mimik muka pelakon yang akan melakonkan watak tersebut.

“Fokus utama saya ialah saya cuma perlu cari muka yang serupa, Arissha waktu kecil, waktu remaja Sylvia William dan waktu dia sudah dewasa, Dynas Mokhtar.

Sewaktu penggambaran telemovie Kasih Keringkam. Foto Dr Abdul Riezal Dim

Mesej Utama

Dr Abdul Riezal berkata salah satu objektif beliau menulis skrip ialah untuk mengetengahkan lagi keringkam di Malaysia mahupun ke seluruh dunia.

Katanya lagi, keringkam merupakan aset yang bernilai bagi masyarakat melayu Sarawak dan ia boleh mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit.

“Sebab saya rasa di Malaysia mahupun dekat dunia ini mungkin mereka lebih kenal kain songket, lebih kenal kain batik kan, tetapi keringam ini rasanya satu seni ataupun satu kraf yang perlu diperkenalkan dengan lebih.

“Bagi saya keringkam ialah satu aset ataupun budaya yang cukup bernilai di kalangan orang-orang Melayu di Sarawak.”

 

Cabaran Produksi

Dr Abdul Riezal mengakui bahawa dalam menyiapkan drama Kasih Keringkam ini beliau perlu berdepan dengan cabaran sukar apabila lebih daripada 100 rakaman drama ini hilang.

Cabaran itu semakin meningkat kerana Dynas, salah seorang pelakon utama, sedang hamil dua bulan semasa penggambaran awal di Kuala Lumpur.

“Waktu kita buat penggambaran semula itu, Dynas sudah sarat mengandung sembilan bulan, dah tunggu hari. Saya akui saya terpaksa mengubah skrip di penghujung ceritanya,” ujarnya.

credit: Dr Abdul Riezal Dim


Perancangan Masa Hadapan

Dr Abdul Riezal kini banyak terlibat dalam projek UNESCO, National Geographic dan United Nations.

Dalam pada itu, beliau juga menceburi dalam bidang penulisan skrip serta menjadi pengarah dalam projek yang mendatang.

Beliau juga gemar untuk mengetengahkan isu-isu budaya untuk dijadikan cerita dan sekarang telahpun membuat skrip yang berkaitan dengan Pua Kumbu. 

“Saya memang suka cerita-cerita yang mengaitkan konflik dengan budaya. Kekuatan saya ialah pada topik sebegitu.”

“Saya berharap agar penonton terhibur menonton drama Kasih Keringkam sehingga episod yang ke-13.”

Saksikan kisah penuh ujian dan pengorbanan mereka setiap Ahad 5:30 petang hanya di TVS!

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan