Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga individu maut pada Ahad apabila helikopter yang dinaiki mereka berlanggar dengan talian elektrik berhampiran sebuah bandar di timur Sepanyol. Foto hiasan Envato

Tiga maut dalam nahas helikopter di timur Sepanyol

ByBernama

MADRID, 30 Sept: Tiga individu maut pada Ahad apabila helikopter yang dinaiki mereka berlanggar dengan talian elektrik berhampiran sebuah bandar di timur Sepanyol, lapor Xinhua.

Nahas berlaku kira-kira 10 pagi waktu tempatan (0800 GMT) di kawasan berbukit berhampiran bandar Pucol ketika ketiga-tiga mangsa sedang melakukan pemeriksaan kabel elektrik.

Menurut laporan, atas sebab-sebab yang belum diketahui, helikopter itu melanggar talian voltan tinggi dan terhempas di kawasan lapang berhampiran mengorbankan semua penumpang.

Perkhidmatan kecemasan di wilayah itu berkata mereka telah menghantar sebuah helikopter yang membawa anggota kumpulan penyelamat gunung khas, tiga jentera bomba serta ambulans ke lokasi kejadian.

Perkhidmatan perubatan mengesahkan kematian tiga mangsa di lokasi nahas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan