Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah JBPM, Dato Nor Hisham Mohammad memeriksa perbarisan sempena Majlis Pentauliahan STORM 21 pegawai bomba lain-lain pangkat di JBPM Sarawak di Kuching pada Isnin. Foto TVS

SOP diperhalusi sebagai persediaan hadapi bencana banjir

KUCHING, 30 Sept: Beberapa prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan diperhalusi sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.

Ketua pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, penukaran syif antara pendekatan yang diambil pihaknya bagi meningkatkan kekuatan tenaga kerja sehingga 50 peratus.

Menurutnya, ia melibatkan penambahan waktu bertugas daripada 12 jam kepada 24 jam, pembekuan cuti selain membentuk Rapid Intervention Team atau Red Team.

“Kita juga mempunyai pasukan khas yang dipanggil Rapid Intervention Team atau Red Team, di Sarawak pasukan ini ditempatkan di Kuching dan Sibu.

“Sekiranya terdapat keperluan mendesak di sesuatu lokasi berisiko tinggi, kita akan menggerakkan pasukan ini ke lokasi seperti apa yang berlaku di Segamat baru-baru ini, Red Team menjadi pasukan terawal dihantar ke kawasan larangan (ground zero) bagi membolehkan operasi dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pentauliahan unit STORM di JBPM Sarawak, di Ibu Pejabat JBPM Sarawak di Kuching pada Isnin.

Menurutnya, mekanisme lain yang dijalan JBPM termasuk melakukan koordinasi dengan agensi lain yang bertindak sebagai barisan hadapan bagi menangani insiden di kawasan setempat yang bergantung kepada keperluan dan kesesuaian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan