MUKAH, 30 Sept: Menjamu selera bersama rakan sebaya di kantin sekolah sudah pasti menjadi antara nostalgia manis ketika zaman persekolahan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine turut tidak ketinggalan mengimbau nostalgia tersebut dengan menikmati sarapan pagi di kantik Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tellian walaupun sibuk dengan tugas sebagai wakil rakyat.
Lazimnya, zaman persekolahan menyimpan pelbagai memori dalam benak fikiran setiap individu yang pernah bersekolah.
Tidak kira kenangan di kantin, padang bola sepak, dewan atau pelbagai sudut lain di sekolah, sudah pasti ada cerita menarik boleh dikongsikan dengan anak-anak.
Sekarang ramai bekas pelajar berkunjung balik ke sekolah masing-masing untuk mengimbau kenangan yang pernah terpahat di tempat mereka mula menuntut ilmu.
Terdahulu, Royston menyaksikan penyerahan projek berdekatan sekolah tersebut.-TVS