Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Polis Kerian minta orang ramai kesan lelaki hilang

ByBernama

IPOH, 30 Sept: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Zakaria Mamat, 51, yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau sejak 13 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata Zakaria beralamat Batu 12 1/2, Jalan Pantai, Kuala Kurau.

Beliau berkata lelaki itu berketinggian 157 sentimeter, berat 60 kilogram, berambut pendek berwarna hitam, bermisai nipis, dan berbadan kurus dengan parut berlubang pada lengan kiri.

“Pakaian terakhir yang dikenakan ialah baju-T berwarna merah dan seluar kelabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Juna meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pegawai penyiasat kes  Sarjan Mejar Sukri Azali di talian 016-4452598 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan