Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan pacuan empat roda yg terlibat dalam kemalangan di Beaufort, Sabah. Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim terlibat kemalangan jalan raya di Sabah

BEAUFORT, 30 Sept: Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim dilaporkan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu petang tadi.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar 5.28 petang apabila Toyota Hilux yang dipandu oleh penyanyi berusia 65 tahun itu bertembung dengan sebuah kereta Toyota Avanza di Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Mohd Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.29 petang.

“Sepasukan 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan setibanya di situ, pasukan terdapat lima orang mangsa yang terlibat.

“Mereka berjaya keluar dari kenderaan masing-masing sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Difahamkan penyanyi lagu Ku Pendam Sebuah Duka itu mengalami luka ringan di tangan manakala pemandu dan penumpang kereta Toyota Avanza, yang dikenali sebagai Liaw Lee Jin, 30, dan Fong Pak Man, 60, juga dilaporkan mengalami kecederaan.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan