KUCHING, 30 Sept: Anugerah Perdana Maulidur Rasul yang diberikan kepada Mufti Sarawak Datuk Kipli Yassin dianggap sebagai pengiktirafan terhadap usaha beliau dalam memartabatkan agama Islam di Malaysia dan Sarawak.
Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam kenyataan hari ini menganggap penganugerahan tersebut bukan sahaja mengiktiraf usaha beliau dalam menjalankan dakwah silang budaya melibatkan pelbagai etnik di Sarawak sekali gus mempromosi nilai murni dalam masyarakat.
Sehubungan itu, satu majlis penghargaan dan kesyukuran diadakan bagi meraikan Kipli yang menerima anugerah tersebut baru-baru ini.
“Majlis ini diadakan sebagai penghargaan dan memanjatkan rasa syukur di atas penganugerahan Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024 bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M kepada Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin sepanjang kerjaya beliau sebagai Mufti Sarawak merangkap Anggota Majlis Islam Sarawak (ex-officio),” menurut kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan tersebut, majlis penghargaan dan kesyukuran tersebut bukan sahaja meraikan pencapaian individu tetapi juga menekankan kepentingan nilai keagamaan dalam membentuk masyarakat yang lebih baik.
Tambah kenyataan itu lagi, majlis penghargaan dan kesyukuran ini bukan sahaja meraikan pencapaian individu tetapi juga menekankan kepentingan nilai-nilai keagamaan dalam membentuk masyarakat yang lebih baik.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha.
Baru- baru ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024 kepada Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – TVS