Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah JBPM, Dato Nor Hisham Mohammad bersama-sama pegawai unit STORM Sarawak pada majlis pentauliahan di Ibu Pejabat JBPM Sarawak di Kuching pada Isnin.

Penggabungan STORM, MUST tingkat keupayaan operasi ketika bencana

KUCHING, 30 Sept: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggabungkan dua unit elitnya Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Multi Skill Team (MUST) sebagai usaha meningkatkan keupayaan operasi ketika bencana.

Ketua pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, menerusi penstrukturan tersebut, pihaknya menyasarkan penglibatan lebih 1,000 pegawai kedua-dua unit berkenaan di seluruh negara.

Menurutnya, ia merupakan langkah besar diambil JBPM dalam menangani insiden bencana yang memerlukan kepakaran tinggi.

“Selepas kita mengkaji keupayaan kedua-dua pasukan ini dan beberapa perkara diambil kira dengan teliti termasuk komposisi pegawai, begitu juga kepakaran.

“JBPM mengambil keputusan yang besar bahawa kedua-dua pasukan ini kita akan gabungkan dan satukan menjadi satu nama sahaja iaitu STORM,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pentauliahan STORM 21 pegawai bomba lain-lain pangkat di JBPM Sarawak di Kuching pada Isnin.

Tambahnya, Unit STORM akan didedah dengan kepakaran operasi bersama Pasukan Udara Bomba selain memberi tumpuan kepada pencarain di hutan.

Sementara itu, Unit STORM sedia ada pula katanya akan didedahkan dengan kepakaran untuk beroperasi dengan unit udara dan pesawat bomba serta turut menumpukan kepada operasi pencarian di hutan.

Setakat ini, JBPM mempunyai unit di Subang, Miri dan Bertam yang tidak terlibat dengan rutin dan operasi harian di balai.

Unit STORM katanya bakal ditempatkan di balai bomba dan penyelamat dengan tumpuan operasi bersifat taktikal dan berkemahiran tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan