Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelakon veteran Mithun Chakraborty. Foto fail AFP

Pelakon veteran Mithun Chakraborty terima anugerah filem tertinggi India

ByBernama

NEW DELHI, 30 Sept: Kerajaan India pada Isnin memberi anugerah tertinggi industri filem Bollywood, Anugerah Dadasaheb Phalke, kepada pelakon veteran Mithun Chakraborty, 74, lapor Xinhua.

Pelakon yang juga ahli politik itu pernah menjadi ahli Rajya Sabha (Dewan Negara) di Parlimen India. Beliau kini merupakan ahli parti pemerintah utama negara, Bharatiya Janata Party (BJP).

Chakraborty membuat debut lakonannya pada pertengahan 1970-an dan menyumbang secara besar-besaran kepada industri filem negara itu selama lebih empat dekad dengan berlakon dalam lebih 350 filem dalam pelbagai bahasa.

Beliau meraih populariti pada 1982 selepas berlakon dalam filem Disco Dancer. Gerakan tariannya yang unik menjadikan beliau dikenali ramai di negara itu.

Pelakon itu akan menerima anugerah berkenaan pada majlis Anugerah Filem Kebangsaan ke-70 di New Delhi minggu depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan