KUCHING, 30 Sept: Pasukan robotik Sarawak mencapai kejayaan luar biasa pada Kejohanan Robotik Dunia (WRO) 2024 yang berlangsung di Brescia, Itali dari 25 hingga 28 September lepas.
Mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), tiga pasukan robotik dari Sarawak mempamerkan aksi menakjubkan pada WRO 2024.
SMK Chung Hua Miri merangkul gelaran Robosport, IPGM Kampus Miri di tempat kedua dalam Senior Robomission manakala SJKC Chung Hua Miri menduduki tempat keenam daripada 52 pasukan.
Kemenangan tersebut merupakan sejarah penting Sarawak dan Malaysia dalam landskap robotik global hasil dedikasi, kerja keras, bakat pelajar dan jurulatih.
WRO merupakan pertandingan robotik global untuk pelajar berusia lapan hingga 19 tahun dan bertujuan mempromosikan pendidikan robotik dalam Sains, Teknologi, Teknologi dan Matematik (STEM).
Pertandingan tersebut menampilkan empat kategori iaitu Misi Robo, Sukan Robo, Inovator dan Jurutera Masa Depan.
Sebanyak 238 pasukan dari 47 negara menyertai WRO 2024 dengan Malaysia diwakili enam pasukan, tiga daripadanya dari Sarawak.-TVS