Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan dari SMK Chuang Hua Miri dan IPG Kampus Sarawak yang melakar kejayaan di WRO 2024

Masa depan bidang robotik Sarawak cerah

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 30 Sept: Kejayaan dalam pertandingan robotik antarabangsa bukan sahaja meletakkan Sarawak di peta global tetapi menyemarakkan harapan untuk masa depan lebih cerah dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri berjaya meraih tempat pertama RoboSport pada Kejohanan Robotik Dunia (WRO) 2024.

Lebih manis lagi, pasukan tersebut berjaya mengalahkan wakil dari 14 negara lain selepas memenangi empat pusingan sebelum mara ke separuh akhir dan akhirnya menjadi juara.

“Robotik mengajar saya kemahiran penting seperti matematik, pemikiran logik dan penyelesaian masalah,” kata salah seorang ahli pasukan SMK Chuang Hua Miri, Elson Kieu Chee Yang.

Menurutnya, STEM merupakan tumpuan utama untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang robotik.

Selain itu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak meraih tempat kedua dalam kategori Robomission Senior selepas bersaing dengan 41 pasukan dari seluruh dunia.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Sarawak, Dr. Norsarihan Ahmad berharap lebih banyak agensi atau syarikat di Sarawak menyokong program berkaitan STEM atau robotik.

“Kita mempunyai harapan iaitu meningkatkan pendidikan STEM di Sarawak dan meneroka lebih banyak mengenai robotik selain membawanya ke sekolah.

“Kita berharap pada masa akan datang lebih ramai pelajar cemerlang dalam bidang robotik dapat diketengahkan ke peringkat global,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan