Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja pembersihan kontrak yang cedera parah akibat diserang gajah di kawasan belukar di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Tenggaroh 5 di sini pada Khamis lepas, kembali sedar selepas dua hari ditidurkan. Foto hiasan Envato

Mangsa serangan gajah kembali sedar selepas dua hari ditidurkan

ByBernama

MERSING, 30 Sept: Pekerja pembersihan kontrak yang cedera parah akibat diserang gajah di kawasan belukar di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Tenggaroh 5 di sini pada Khamis lepas, kembali sedar selepas dua hari ditidurkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing DSP Sharif Shai Sharif Mondoi berkata Zalini Dahlan, 51, yang dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dilaporkan stabil namun keadaannya masih lemah.

“Saya dimaklumkan oleh isterinya bahawa Zalini telah sedar selepas ditidurkan (diintubasi) dan berada di bawah pemantauan doktor. Ini adalah maklumat yang kita peroleh setakat petang tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Zalini yang retak pada tulang pinggul dan satu tulang rusuk serta pendarahan dalam kepala ditidurkan dipercayai bagi memulihkan kembali tenaganya.

Zalini cedera parah manakala rakannya Mohamad Syafik Yakob, 31, meninggal dunia akibat diserang gajah ketika menghalau haiwan liar tersebut daripada mendekati kawasan sekolah berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan