Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima termasuk seorang bayi berusia setahun rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di kawasan perumahan setinggan di Kampung Muhibbah, Kota Kinabalu, hari ini. Foto JBPM

Lima termasuk seorang bayi rentung dalam kebakaran rumah setinggan

KOTA KINABALU, 30 Sept: Lima termasuk seorang bayi berusia setahun rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di kawasan perumahan setinggan di Kampung Muhibbah, Likas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, empat lagi mangsa maut membabitkan tiga kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun serta seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

@tvsarawak

Lima termasuk seorang bayi rentung dalam kebakaran rumah setinggan 📹JBPM 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, kebakaran membabitkan empat rumah dan sebuah gerai.

Menurutnya, semua mangsa yang maut dipercayai terperangkap selepas gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran.

“Pasukan bomba sedang menjalankan kerja-kerja mencari untuk membawa keluar mayat mangsa yang rentung dan setakat ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah hari.

Katanya, sepasukan 35 pegawai dan anggota bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) daripada empat Balai Bomba dan Penyelamat dikerah ke lokasi kejadian.

“Api berjaya dikawal pada jam 1.29 tengah hari dan sebaik semua mangsa berjaya dikeluarkan, ia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Pasukan Forensik JBPM,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan