Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Foto Kementerian Kesihatan Malaysia (FB)

Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun – KKM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan produk berkenaan ialah Karisma Aqua Birds Nest yang mengandungi racun hidrokuinon manakala Skin Revolution – PAP – Blemish Control Serum dan Skin Revolution -PAP- Blemish Fade Cream masing-masing mengandungi clindamycin dan metronidazole.

Turut disenarai ialah Ufora Daily Treatment 10g yang mengandungi racun betamethasone 17-valerate, sementara Dnars Gold Debalen Cream (Night) dikesan mengandungi racun hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate.

“Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu dengan serta-merta.

“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, produk yang mengandungi hidrokuinon, clindamycin, metronidazole, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.

“Hidrokuinon menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, manakala tretinoin menyebabkan kulit menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Penggunaan clindamycin dan metronidazole memberi kesan mudarat kepada kesihatan dan boleh meningkatkan risiko kerintangan yang seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan, sementara betamethasone 17-valerate mengakibatkan kulit menjadi nipis, iritasi serta berjerawat,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan