Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Marine Le Pen, bersama beberapa pemimpin nasionalis berhaluan kanan Perancis lain akan dihadapkan ke mahkamah jenayah di Paris pada Isnin, atas tuduhan menerima dana untuk kakitangan rekaan di Parlimen Eropah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto AFP

Le Pen dibicarakan atas penyelewengan dana EU

ByBernama

PARIS, 30 Sept: Marine Le Pen, bersama beberapa pemimpin nasionalis berhaluan kanan Perancis lain akan dihadapkan ke mahkamah jenayah di Paris pada Isnin, atas tuduhan menerima dana untuk kakitangan rekaan di Parlimen Eropah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Selain Le Pen, bapanya, Jean-Marie Le Pen yang juga pengasas parti National Rally turut didakwa bersama 28 individu lain atas tuduhan menyeleweng dana awam.

Marine Le Pen menafikan segala tuduhan yang dikemukakan, yang meliputi tempoh dari 2004 hingga 2016.

Tuduhan membabitkan parti National Rally menerima dana daripada Parlimen Eropah bagi pembantu parlimen yang sebenarnya bekerja untuk parti itu.

Jumlah dana yang terlibat dianggarkan hampir €7 juta (US$7.8 juta).

Le Pen membayar balik €330,000 kepada Parlimen Eropah setahun lalu, namun partinya menegaskan bahawa pembayaran terbabit bukanlah pengakuan terhadap sebarang salah laku.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan denda dan dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Selain itu, tertuduh juga berdepan kemungkinan diisytiharkan hilang kelayakan memegang jawatan awam selama lima tahun, yang boleh memberi kesan terhadap pencalonan Le Pen dalam pilihan raya presiden 2027. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan