Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir pada Majlis Perasmian Pesta Bederun Balingian 2024 serta penyerahan cek pampasan tanah di sini hari ini. Foto kredit, N5 Tellian.

Kerajaan Sarawak bayar pampasan, tidak ambil percuma tanah rakyat – Awang Tengah

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 30 Sept: Kerajaan Sarawak tidak mengambil tanah rakyat yang terlibat dengan projek pembangunan secara percuma sebaliknya membayar pampasan, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, pampasan diberikan adalah berdasarkan penilaian oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Tambah beliau pengambilan berkenaan juga dilakukan berasaskan peruntukan undang – undang sedia ada iaitu Kanun Tanah Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

“Pampasan ini akan dinilai sewajarnya berdasarkan tanaman yang ada, struktur binaan dan saiz tanah yang terlibat mengikut nilai semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Bederun Balingian 2024 serta penyerahan cek pampasan tanah di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Menjelaskan lebih lanjut, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak berkata, Bab 81 Kanun Tanah Negeri dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

“Tiada undang-undang boleh memperuntukan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi,” ujarnya.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak komited untuk terus memperkasakan pembangunan di kawasan luar bandar bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti serta meningkatkan kegiatan ekonomi penduduk.

Menurut beliau bagi melaksanakan pembangunan, pengambilan tanah tidak dapat dielakkan dan perkara itu dilakukan atas faktor kepentingan awam.

“(Oleh itu) kerajaan perlu mengambil tanah sama ada tanah berhak milik atau tertakluk tuntutan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur untuk kepentingan awam dan menyediakan prasarana yang sempurna kepada rakyat,” katanya.

Majlis yang diadakan di tapak pesta berkenaan menyaksikan penyerahan cek pampasan tanah bagi Projek Pembinaan dan Penyiapan Jalan Pintasan Tellian dan Pemutihan Tapak Sekolah Daif di Sekolah Kebangsaan Sungai Bedengan, Mukah melibatkan pembiayaan sebanyak RM5.3 juta- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan